Sunday, 1 July 2012

APA ITU HEPATITIS ?


HEPATITIS

1. PENGENALAN HEPATITIS
       Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak  
       mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding virus 
       HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh 
      menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau 
        bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Hepatitis adalah:
  • Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia dan toksik
  • Ubat-ubatan

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma

Hepatitis A

Hepatitis A secara asasnya disebabkan makanan atau air yang tercemar. Ia tidak menyebabkan pentakit yang kronik dan berpanjangan. Walaupun hati radang dan bengkak, namun pada kebanyakan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada Hepatitis A. Virus ini akan membiak di dalam sel hati. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin Hepatitis A jika mengembara ke luar negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Hepatitis B

Hepatitis B adalah penyakit yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS.

Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air mata dan pelbagai.
Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tattoo, acupuncture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama.

Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak dinyah kuman dan dicuci bersih. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk turut menjadi pembawa.

Hepatitis B boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
 

Hepatitis C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar selain boleh merebak menerusi hubungan seksual. Kebanyakan mereka yang dijangkiti Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom untuk tempoh beberapa tahun. Ianya hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Hepatitis C tidak sembuh dengan sendirinya dan jangkitan itu boleh kekal dalam tubuh pesakit seumur hidupnya. Ia juga mungkin boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti sirosis dan kanser hati. Dalam kes yang serius, Hepatitis C hanya boleh ditangani dengan pemindahan hati. Tidak seperti Hepatitis A dan B.

Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghadapi penyakit Hepatitis C.  Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.

Antara cara jangkitan adalah:
  • Dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti
  • Perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan
  • Kebersihan alatan tattoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atauproduk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan
  • Berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui menghidapi hepatitis C. Walaupun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi.
  • Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko
  • Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani

Belum ada vaksin lagi untuk mencegah Hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis Hepatitis.

 
Langkah-langkah pencegahan:
  • Elakkan berkongsi berus gigi
  • Elakkan berkongsi pencukur
  • Elakkan berkongsi tuala dengan mana-mana individu
  • Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu
  • Elakkan amalan seks bebas
  • Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain
  • Dapatkan suntikan vaksin terutamanya Hepatitis B
  • Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan
  • Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali
Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin Hepatitis B.

Hepatitis D

Agen delta yang hanya menjangkiti pesakit yang mempunyai virus Hepatitis B. Ini kerana virus ini tidak boleh wujud bersendirian dan memerlukan virus Hepatitis B untuk membiak.

Hepatitis E

Virus ini boleh menjangkiti manusia melalui makanan atau air yang tercemar. Ia membiak di dalam saluran usus dan disebarkan melalui najis pesakit dan virus ini lebih kerap menjangkiti ibu hamil.

Hepatitis G

Disebarkan melalui darah atau bahan yang diperolehi dari darah.



2.         BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS?

TONIK HATI berfungsi untuk:
  • Membantu menghidupkan antibodi sekaligus membantu untuk melemah dan membasmi virus Hepatitis
  • Menormalkan kembali bacaan enzim hati bagi pesakit yang sudah mengalami masalah hati
  • Membantu menguat, membaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan-kerosakan sel hati
  • Membantu menghilangkan gejala-gejala akut dan mengurangkan gejala-gejala kronik
  • Membantu menyuburkan pertumbuhanan sel-sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain
  • Membantu untuk mengeluarkan virus daripada hati

Hasil kajian yang berserta dengan rekod-rekod pesakit yang lepas, proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari dan ada sesetengah pesakit mengambil masa melebihi tempoh 100 hari bergantung kepada jumlah virus dan jangka masa pendedahan pesakit kepada virus.

Terdapat 3 peringkat penyembuhan virus Hepatitis:

Domain:

Setelah Jabbar Hidayah HB Plus memasuki aliran darah, ubat ini akan bekerja untuk memperbaiki dan membina sel hati pesakit yang telah rosak (hati membengkak akibat daripada pertumbuhan sel yang tidak teratur disebabkan oleh hati yang diserang oleh virus). Pada ketika ini, pesakit kemungkinan akan merasai sedikit kesan sampingan seperti mengantuk.

Di dalam prinsip rawatan Jabbar HB Plus, peringkat ini dikenali sebagai peringkat domain di mana tahap domain ini adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan Hepatitis. Pada peringkat ini, ubat ini akan “mengganggu” kedudukan virus di luar hati, di bawah hati atau dalam sel-sel hati. Virus ini akan “bertebaran” dan memasuki aliran darah.

Natural:

Jika kuantiti virus sedikit dan hati belum mengalami kerosakan yang teruk, ubat mula bertindak untuk membasmi sebahagian besar virus. Hati mula bebas daripada virus dan mula subur. Ubat ini membetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur akibat daripada jangkitan virus. Pada tahap ini, jika pesakit mengalami bengkak hati, biasanya ia sudah kembali normal atau sembuh dan telah mula membekalkan antibodi untuk tubuh.

Pesakit mula bertenaga, sihat dan cergas. Terdapat juga sesetengah pesakit yang sudah menganggap mereka telah sembuh sepenuhnya. Ada di antara mereka telah meninggalkan ubat atau makan secara tidak teratur dan tidak berdisiplin. Faktor ini menyebabkan ada pesakit yang mendakwa mereka lambat sembuh.

Negatif:

Kebanyakan pesakit hampir bebas daripada pembawa kronik kepada pasif (apabila HBeAg (+) bertukar kepada HbeAg (-) dan jumlah virus di bawah 10,000 “copies”. Kuantiti virus juga boleh menurun dengan mendadak hingga mencapai <200 “copies”. Untuk sirosis dan kanser hati, proses penyembuhan mungkin mengambil masa yang panjang. Pengambilan ubat secara berterusan adalah perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

Namun begitu ada sesetengah pesakit mendapati berlaku peningkatan virus selepas 3 bulan menggunakan Jabbar Hidayah HB Plus (tonik hati). Ini adalah kesan biasa yang pernah dilalui oleh pesakit lain juga. Contoh: sebelum menggunakan tonik hati kuantiti virus 10,000 “copies”. Selepas menggunakan tonik hati kuantiti virus menjadi 1,000,000 “copies”

Sebenarnya pesakit tidak perlu panik atau takut, ini bermakna ubat ini bertindak untuk mengeluarkan keseluruhan virus yang tersimpan di bawah hati. Sekurang-kurangkan pesakit dapat mengetahui jumlah virus sebenar yang selama ini masih bersembunyi di bawah hati. Virus yang tersimpan ini akan merosakkan sel hati secara senyap tanpa sebarang simptom dan akhirnya akan mendedahkan pesakit kepada kanser hati.

Teruskan penggunaan tonik hati sehingga jumlah virus berkurangan dan ujian VIRAL LOAD anda menunjukkan virus <15 dan HBs Ag (not detected).


3.BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami jangkitan virus Hepatitis akan melihat perubahan pada yang simptom yang dialaminya seperti:

·         Jaundis atau kuning pada mata atau tubuh yang berkurangan
·         Demam akan berkurangan
·         Busung akan berkurangan
·         Akan lebih bertenaga
·         Warna air kencing kembali normal
·         Selera makan kembali bertambah dll.

Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh minggu pertama selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah iaitu ujian “HEPATITIS B SCREENING” untuk menentukan pesakit masih membawa virus Hepatitis  atau sudah sembuh sepenuhnya.

 
UJIAN HEPATITIS B SCREENING:

Jika HBs Ag = detected (menunjukkan pesakit masih mempunyai virus)
Anti HBs Ag = not detected (menunjukkan pesakit tidak mempunyai antibodi untuk menentang virus Hepatitis B)
Jika HBs Ag = not detected (menunjukkan pesakit telah tiada virus Hepatitis B)
Anti HBs Ag = Detected (menunjukkan antibodi untuk menentagf virus Hepatitis B telah wujud)

Bagi pesakit yang mengalami bengkak hati, sirosis atau kerosakan pada hati dinasihatkan membuat ujian untuk fungsi hati dan lihat pada bacaan enzim hati seperti AST, ALT, BILIRUBIN, ALBUMIN, GLOBULIN dan sebagainya… Jika bacaan ENZIM hati tersebut menunjukkan penurunan, itu bermakna sudah berlaku pengurangan pada kerosakan sel hati pesakit.

Selain itu, pesakit juga digalakkan untuk membuat ujian “VIRAL ROAD” untuk mengira kuantiti virus.

Sekiranya pesakit membawa laporan ujian darah dapatkan 1 salinan untuk rekod Consultant Tonik Hati supaya boleh membandingkan sebelum dan selepas pesakit menggunakan tonik hati. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian fungsi hati dan Hepatitis B Screening sekurang-kurangnya selepas 3 bulan menggunakan tonik hati untuk melihatkan kesan yang maksimum.

Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian darah, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati. Walaubagaimanapun, ia juga menunjukkan kesan yang positif.

Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal, enzim hati berada di paras yang normal dan Hepatitis telah sembuh sepenuhnya sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengamalkan tonik hati sebagai suplimen dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan pesakit.
 2.     PANTANG MAKAN PESAKIT
  •  Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair

3.    APAKAH KESAN SAMPINGAN?
Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

No comments:

Post a Comment